“Saya Tiada Orang Ketiga, Begitu Juga Mawar..” – Raf Yakoob Tak Tolak Sekiranya Dijodohkan Semula Dengan Mawar Rashid

Hiburan

“Saya Tiada Orang Ketiga, Begitu Juga Mawar..” – Raf Yakoob Tak Tolak Sekiranya Dijodohkan Semula Dengan Mawar Rashid

Bekas suami kepada aktres popular, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mengatakan bahawa dirinya tidak menolak jodoh sekirannya dia ditemukan semula dengan Mawar. Kata Raf, dia sentiasa mendoakan agar dikurniakan jodoh yang terbaik di masa akan datang.

Tak tolak jodoh

Menurut Raf, soal jodoh dan pasangan ini telah menjadi ketentuan Tuhan dan dirinya hanya berserah dan berdoa agar dipertemukan dengan pasangan yang baik untuknya dan anak-anak.

Advertisement

Kalau Allah kata saya akan dijodohkan semula dengan dia, maka dia lah orangnya. Namun jika Allah kata bukan, maka bukan lah dia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raf Yaakob (@rafyaakob)

Bukan kerana orang ketiga

Pada masa yang sama, ini juga kali pertama bekas suami pelakon ini mengulas tentang perpisahnnya dengan Mawar. Tambahnya, perceraian itu bukan terjadi atas sebab kemunculan orang ketiga atau hubungan yang tidak baik. Sebaliknya, Raf berkata bahawa hubungannya dengan Mawar masih baik meskipun setelah berpisah.

Saya ingin terangkan di sini bahawa perceraian kami bukanlah disebabkan orang ketiga. Saya tiada orang ketiga dan begitu juga dengan Mawar.

 

Allah sudah kata jodoh kami setakat ini saja, jadi saya reda dan terima ujian dengan hati yang terbuka.

 

Selepas bercerai, tiada sebarang pergaduhan membabitkan anak-anak. Kami sangat fleksibel soal anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Sebelum ini, Raf dan Mawar telah sah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum bercerai pada 23 November tahun lalu.

Raf Yaakob cincin
3 months ago

(VIDEO) "Jangan Fikir Bukan-Bukan.." - Raf Yaakob Perjelas Lambang Bintang Di Cincin, Bukan Seperti Yang Disangka!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...