Written by Bella | October 7th, 2019

Gara-gara memuat naik status Twitter berkaitan kanak-kanak dari Terengganu yang tidak tahu menjawab soalan asas tentang umur dalam bahasa Inggeris, pelakon Maya Karin menerima kecaman hebat di media sosial.

maya karin

Tampil memberikan penjelasan, Maya memberitahu dia tidak berniat untuk memperlekehkan mana-mana pihak dan secara umum hanya ingin memberikan kesedaran mengenai sistem pembelajaran bahasa Inggeris. Mutu pendidikan dan juga daya keyakinan pelajar.

Maya turut menyarankan orang ramai tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa buang rasa malu untuk cuba bertutur bahasa Inggeris.

maya karin tiada niat perlekeh orang terengganu

Kena ajar untuk tidak malu. Memang awal-awal mungkin berterabur bertutur bahasa lain tetapi lama-kelamaan boleh cakap dengan baik. Macam bahasa Malaysia saya.

Terdahulu, Maya berkongsi pengalaman dia bertanya tentang umur seorang pelajar dalam bahasa Inggeris tetapi tidak mendapat sebarang respon. Pelakon itu merasa terkilan apabila soalan itu hanya dijawab oleh kanak-kanak berkenaan selepas dia bertanyakan dalam bahasa Melayu.

maya karin

Memandang ia sebagai satu perkara serius, Maya turut menyebut nama Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee untuk membuat sesuatu mengenai situasi tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro

11 responses to Saya Tiada Niat Perlekeh Orang Terengganu – Maya Karin

  1. Anonymous says:

    exactly maya agree should teach a simple basic English to some children.In Malaysia its a bit difficult can see Bahasa inggeris is a bit low,most pelancung dating kat Malaysia,bahasa English is important all around the world kita mesti didik anak berbahasa inggeris let them understand perkataan yang mudah so lama lama wil get used to it.

  2. Anonymous says:

    dah la maya…awak tu dah billionaire dgn bizz hartanah kat london. dok jer sana & spread ur thought kat sana. org2 kat ‘sini; lain mcham skit..semua nak sentap wpon ditegur utk kebaikan. very toxic society

  3. NANA says:

    HAI FREE SGT DAH NI MCM DAH TAKDE JOB TWEET BENDA TAK PENTING. KAU TWEET BENDA MCMTU. KAU TU ARTIS, BUAT APA SMUA ORG TENGOK. SKRG RASAKAN YA, TAK PASAL2 KENE KECAM

  4. stale actress says:

    Tak pelik kalau orang malaysia kurang menguasai english. yang pelik bila mengaku orang malaysia, ada darah melayu tapi tak reti cakap melayu. Orang terengganu adalah bangsa yang pemalu dengan org luar. it is in our blood. and maya just met the little girl for the first time and yet she judged her immediately and tweeted it. dumb move.. i bet that little girl faham bila maya tanya dalam english tapi dia tak selesa dan malu utk respon back kepada orang yg baru dikenali. Tak pelik pon bila dia refuse utk balas in english. English jer pon, apa hal nak tweet bagai… sebenarnya, byk perkataan english dalam dialect terengganu tapi hanya orang terengganu yang faham. so maya, next time use your BRAIN before your FINGERS regardless of whatever your intention is. retis2…

  5. Anonymous says:

    Kebenaran itu pahit… satu kelebihan bila anak anak didedahkan dengan bahasa Inggeris dari kecil selain bahasa ibunda.

  6. Brunes says:

    she is trying to spread positivity untuk kebaikan bersama, kenapa nak kecam pulak? kecik kecik tak nak belajar, sudah besar menyusahkan orang tak guna. siapa nak bagi makan kalau kau tak dapat kerja? its very competitive out there.. ini dah nak masuk tahun 2020.. change the way you receive criticism, kalau tak rugi seumur hidup k

  7. Anonymous says:

    shhh diam kak, biar lah dorang dengan cara pemikiran dorang..kalau siapa paham, dia paham..kalau tak, rugi lah dia..biar kurang competation..rofl

  8. sabahan says:

    yela.. tunggu 100 tahun baru nk belajar. tegur sikir kuarkan sejarah 7 keturunan. nnti dtg interview..pls introduce yourself.. ‘my name bla bla.. im from bla2…’ mcm mn nk bersaing dengan dunia luar.? pemalu tu bukan alasan.. ramai je tekinja2 di pentas jd retis.. toxic sgt.. x boleh kena tegur

  9. saya says:

    dia bukan setakat artis. dia aktivis, sukarelawan,.. berjaya dlm bidang hartanah. org malaysia mmg xboleh tegur.. duduklah bawah tempurung tu sampai bila2..

  10. Sherry says:

    Betul tu saya setuju. Saya tak faham kenapa orang kita selalu sentap bila ditegur pasal bahasa Inggeris. Bila boleh bicara dalam english dipanggilnya riak berlagak. Please kita makin backwards ya. Cuba la open sedikit. Theres no harm pon belajar english.

  11. yoeparae says:

    saya org ganu..sy xtersinggung pun kalau maya nak ckp mcm tu.nk suh bljr english ke ape ke.mende dah lame pun isu ni..lack of confidence adlh isu tbesr sstgh org xkire negri mne pun..tp maya dah slh slurkn pndpt di tempat y salah..not tweeetersssssssss..sbb anggapan warga net ni selalunya berubah dan lain fahamannye ..keyboard warriors pun leh guna post tweeters maya untuk mnjthuhkn kedua dua belah pihak

Tinggalkan Komen Anda Di Sini