Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara umur berhubung dengan isu jangan terlalu mengharapkan bantuan #benderaputih yang tular baru-baru ini.
Menurut DSV, permohonan maaf yang dibuat secara live di akaun Instagramnya semalam untuk menjernihkan keadaan yang sudah semakin keruh dan menjelaskan kesusutan yang berlaku atas penyebaran video yang dibuat dia di akaun rasmi TikToknya.
Saya harap kalau ada yang terkasar bahasa, terkeliru atau terasa apa yang saya cakap, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak maksudkan nak sakitkan hati sesiapa.
Tolong sampaikan kepada semua, saya tiada niat untuk membuat mana-mana pihak terasa hati atau marah. Saya minta maaf deh..
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, DSV tegas mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk merendahkan golongan susah, sebaliknya dia hanya mahu agar orang ramai terus berusaha untuk menjana pendapatan ketika musim pandemik ini.

Sedia maklum, sudah beberapa minggu DSV dikecam oleh orang ramai atas kenyataan yang dibuat olehnya seolah-olah memperlekehkan golongan yang mengharapkan bantuan #benderaputih ketika musim pandemik ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Bunga Telang Biru
July 13, 2021 at 1:33 pm
Aamiin…
ncnkl
July 13, 2021 at 12:51 pm
saya ambil positif apa yg DSV ckp tu
sbb disitu walaupun pahit, ada kebenarannya
org mgkin boleh bg beras, telur tepung
tp bill letrik, bill tipon, sewa rmh, tetap kita kne carik duit nk bayar jgk
jd kene mula sikit2
maaf kalau kata2 saya ni x disenangi
saya doakan Msia kembali pulih
dan semua org yg diuji dikurniakan rezeki yg baik dari Allah Taala