Ekoran isu kontroversi hangat yang melanda bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander mengatakan dirinya telah sedia untuk berdamai dengan isu penamatan kontraknya itu.
Menyalahkan DJ Lin
Namun demikian, terlanjur rasa dianiaya, Tyzo akui dirinya meletakkan kesalahan tersebut pada bahu Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin dan Pengurusan Program, Jay Jay atas penamatan kontraknya di stesen radio berkenaan.
Saya tiada masalah untuk berdamai, cuma DJ Lin dan Jay Jay harus dipersalahan dalam soal ini.
Saya tak salahkan Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse kerana beliau tak tahu apa-apa, hanya dengar dari mulut mereka.
View this post on Instagram
Dikeluarkan dari group WhatsApp
Tambahan pula, bekas penyampai radio ini turut berasa terkilan apabila dirinya telah dikeluarkan daripada group WhatsApp ketika dirinya belum sempat menjejakkan kaki keluar dari bangunan tersebut.
Menurut Tyzo, DJ sebelum ini tidak pernah menerima layanan seperti dirinya pada ketika itu.
Beberapa segmen yang sudah dirakam dan sepatutnya disiarkan pada hari terakhir saya turut dipadamkan.
Saya tertanya-tanya kenapa diperlakukan sebegitu, adakah saya penjenayah.
Terdahulu, sebuah sidang media telah diadakan pada hari Jumaat bagi memberi jawapan kepada isu pengeluaran Tyzo dari Suria FM.