“Saya Tiada Masalah Sarah Bertemu Lelaki Lain, Jika Ditakdirkan Kembali Dengan Syamsul Alhamdulillah” – Yusof Haslam

Hiburan

“Saya Tiada Masalah Sarah Bertemu Lelaki Lain, Jika Ditakdirkan Kembali Dengan Syamsul Alhamdulillah” – Yusof Haslam

Baru-baru ini, pengarah serta penerbit Datuk Yusof Haslam, memberitahu bahawa dirinya tidak kisah jika menantu, Puteri Sarah mahu menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain selepas bercerai dengan anak, Syamsul Yusof, baru-baru ini.

Katanya ketika ditemubual, semua orang berhak untuk untuk merasakan bahagia dalam hidup dan tidak terkecuali juga menantu kesayangannya.

Advertisement

Saya tiada masalah jika dia (Puteri Sarah) bertemu dengan lelaki lain. Jika ditakdirkan dia kembali semula (dengan Syamsul), alhamdulillah.

Dalam pada masa yang sama, Yusof Haslam turut memberitahu isterinya, Datin Patimah juga memahami jika Puteri Sarah memiliki orang baru dalam hidupnya.

Sebelum ini, Syamsul Yusof melafazkan cerai talak satu setelah Puteri Sarah memfailkannya mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sekadar info, aktor dan aktres ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, serta Sumayyah, 4.

Sarah syamsul cerai
11 months ago

Yusof Haslam Baru Tahu Syamsul Yusof & Puteri Sarah Bercerai, Masih Berharap Berjodoh Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...