Baru-baru ini, pengarah serta penerbit Datuk Yusof Haslam, memberitahu bahawa dirinya tidak kisah jika menantu, Puteri Sarah mahu menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain selepas bercerai dengan anak, Syamsul Yusof, baru-baru ini.
Katanya ketika ditemubual, semua orang berhak untuk untuk merasakan bahagia dalam hidup dan tidak terkecuali juga menantu kesayangannya.
Saya tiada masalah jika dia (Puteri Sarah) bertemu dengan lelaki lain. Jika ditakdirkan dia kembali semula (dengan Syamsul), alhamdulillah.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Yusof Haslam turut memberitahu isterinya, Datin Patimah juga memahami jika Puteri Sarah memiliki orang baru dalam hidupnya.
Sebelum ini, Syamsul Yusof melafazkan cerai talak satu setelah Puteri Sarah memfailkannya mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Sekadar info, aktor dan aktres ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, serta Sumayyah, 4.