“Saya Tiada Masalah Menangis Depan Kamera” – Nabila Huda Maklum Bakal Bawa Watak ‘Penyondol’ Dalam Drama Baharu

Hiburan

“Saya Tiada Masalah Menangis Depan Kamera” – Nabila Huda Maklum Bakal Bawa Watak ‘Penyondol’ Dalam Drama Baharu

Pelakon berkaliber, Nabila Huda memaklumkan dia tidak mempunyai masalah untuk menangis di hadapan kamera atau melakonkan apa-apa saja watak bagi menjayakan drama atau filem yang dibintanginya.

Namun begitu, ujar Nabila, dia merasakan dirinya ada kekurangan dari segi bidang pengacaraan.

Advertisement

Abil tak boleh, paling susah is hosting, sampai sekarang rasa macam bukan jiwa, awkward. Boleh tapi susah, rasa tak sampai.

Saya tiada masalah menangis depan kamera. Tapi kalau sekarang, tak boleh.

Tambahnya lagi, dia kini sedang membawa watak sebagai seorang penyondol dalam sebuah drama baharu di TikTok.

Sebelum ini, anak kepada penyanyi rock Amy Search itu mendedahkan dia perlu menangis sebanyak 18 kali dalam satu hari bagi menjayakan watak Sarina dalam drama ‘Lelaki Itu’.

Berikutan itu, Nabila Huda berkata dia perlu merancang emosi dan juga tenaga ketika berlakon dalam sesebuah naskah drama atau filem.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ruhainies mahkamah
5 months ago

"Saya Tak Pandai Berlakon, Tak Pandai Menangis Depan Kamera" - Ruhainies Nafi Tak Sensitif, Terharu Wartawan Hadir Ke Mahkamah

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...