March 4th, 2014

Abang Nara dah agak dah yang Erra Fazira pasti akan terkejut apabila membaca desas-desus perhubungannya dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Malah Erra sendiri mengakui tidak mengenali Ku Nan secara rapat dan tiada masa untuk menjalinkan hubungan seperti yang didakwa. Kesian Erra baru kena cerai dah timbul gosip tidak masuk akal sebegini.
erra faziraKata Erra Fazira kepada Berita Harian:-

Tolong jangan kaitkan saya dengan mana-mana lelaki hanya kerana dengar gosip. Saya tiada masa untuk berfoya-foya. Selalunya Januari atau Februari adalah masa untuk saya bawa kakitangan bercuti. Namun disebabkan terlalu sibuk, saya tidak sempat berbuat demikian. Jadi bila masa untuk saya jalin hubungan sedangkan untuk diri sendiri pun tidak cukup masa?

Malah menerusi Harian Metro juga, Erra melahirkan rasa kecewanya kerana desas-desus seperti ini mengaibkan dirinya yang merupakan seorang ibu tunggal. Kata Erra lagi:-

Mentang-mentanglah saya ibu tunggal, jangan mudah nak aibkan saya sesuka hati. Saya ada keluarga, begitu juga pihak yang dikaitkan itu yang ada keluarga perlu dijaga.

Saya sebenarnya tidak kenal pun Ku Nan. Apabila disebut nama penuhnya, saya macam pernah dengar. Rupa-rupanya beliau seorang menteri dan saya sememangnya tidak pernah bekerjasama dengan beliau.

erra fazira comelMacam-macam dugaan yang timbul di dalam hidup insan bernama Erra Fazira ini. Diharap gosip sebegini tidak menghalang Erra untuk memberi fokus dan persembahan terbaik di dalam Konsert Teatrikal Suara Kita yang bermula semalam. Kepada Erra, semoga terus tabah dan cekal dengan apa jua ujian dalam hidup anda.


Comments are closed.

Loading...