“Saya Tiada Masa Nak Fikir Tentang Label ‘Janda Hot’ Atau Tidak” – Emma Maembong

Hiburan

“Saya Tiada Masa Nak Fikir Tentang Label ‘Janda Hot’ Atau Tidak” – Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong memaklumkan dia sama sekali tidak akan menggembar-gemburkan mengenai kisah peribadi terutamanya hal perceraiannya bersama bekas suami, Muhammad Shazli Azhar sebelum ini.

Emma berkata, hubungannya bersama Shazli kekal baik dan merasakan tidak perlu diulas sama ada dirinya sudah menemui pengganti baru atau belum.

Advertisement

Kalau fasal peribadi memang saya takkan cerita apa-apa. Saya tak akan kongsi kepada umum. Tiada, semuanya tiada (dakwaan berpisah disebabkan orang ketiga).

Kehidupan setakat ini okey. Alhamdullilah, tiada perbezaan sangat pun. Anak-anak tiada masalah dan hubungan dengan bekas suami pun tiada konflik.

Kami berpisah dengan cara baik, tidak bergaduh dan kedua-duanya saling menerima. Kami sudah usaha untuk baiki hubungan tetapi jika sudah sampai hanya situ jodohnya, terima dengan reda.

Dalam pada itu, Emma sedar akan gelaran ‘janda hot’ yang diberikan kepadanya oleh sesetengah pihak namun enggan memikirkan perkara itu.

Tiada masa nak fikir tentang label ‘janda hot’ atau tidak. Kalau nampak nama muncul dalam media sosial, saya langkau supaya tak beri kesan kepada kesihatan mental.

Saya elak baca komen negatif selain sedar dalam dunia ni tak semua orang suka kita.

Kongsi Emma, dia dan Shazli tidak membuat sebarang tuntutan hak penjagaan anak kerana memilih untuk sama-sama membesarkan anak-anak mereka.

Terdahulu, Emma mengumumkan dia sudah berpisah dengan suami setelah tamat idah. Kedua-duanya mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ina naim dan suami kongsi isu nafkah
1 month ago

"Batin Yang Penting, Yang Zahir Ikut Kemampuan" - Ina Naim Berkongsi Perihal Nafkah Bersama Suami Baharu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...