Semua wanita mempunyai hasrat untuk menjadi seorang ibu, begitulah juga dengan pelakon Jue Aziz yang tetap tidak berputus asa untuk mendapatkan zuriat meskipun beliau pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali.
Pada awalnya, beliau mengakui agak bersedih dengan apa yang terjadi tetapi akhirnya beliau menerima ia adalah kententuan Illahi yang sudah ditulis buatnya.
Pada mulanya saya kecewa juga kerana sudah beberapa kali hamil, tetapi setiap kali trimester pertama berlaku keguguran.
Mungkin juga salah saya ketika itu yang tidak cukup rehat dan terlalu penat bekerja. Namun nak buat macam mana mungkin belum rezeki kerana saya hanya dapat tahu saya hamil bila saya sudah keguguran.
Bagaimanapun saya tak putus asa untuk mendapatkan zuriat saya sendiri bersama suami dan berserah pada rezeki daripadaNya.
Jue Aziz mendirikan rumah tangga dengan Bayu Daniels yang merupakan seorang pemuzik daripada Indonesia. Mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki yang bernama Darwish, 4 tahun.