Saya Tetap Seksi, Tak Kisah Dilabel Sebagai Simbol Seks – Tasha Shilla

Hiburan

Saya Tetap Seksi, Tak Kisah Dilabel Sebagai Simbol Seks – Tasha Shilla

Mengakui imej seksi  adalah penampilan dirinya yang sebenar, pelakon Tasha Shilla enggan terus  hipokrit demi mengikut kehendak orang lain dan tidak kisah sekiranya ada yang terus mengkritik beliau ataupun melabel beliau sebagai simbol seks.

Advertisement

Saya masih lagi berpakaian seksi,  saya tetap diri saya dan kalau saya hendak pakai skirt, saya akan pakai. Mulut orang saya tak boleh nak tutup daripada bercakap perkara buruk tentang saya dan saya perlu terima akan situasi itu.

Bukan semua orang sukakan saya. Apa yang boleh saya lakukan adalah tidak hiraukan apa juga yang orang hendak kata dan lebih baik saya fokus kepada matlamat saya dalam bidang seni.  Perkara remeh-temeh seperti ini tidak lagi menarik perhatian saya kerana ada perkara lebih penting untuk saya fikir.

Namun, Tasha tidaklah setiap masa akan memakai pakaian yang mencolok mata dan masih menjaga penampilan mengikut kesesuaian sesuatu majlis, tempat serta mood beliau.

Sebagai selebriti pastinya Tasha menjadi perhatian masyarakat hampir setiap masa, tetapi tidak bermakna orang ramai mampu untuk mengubah ataupun mengawal imej serta sikap seseorang artis itu.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...