“Saya Tetap Harapkan Perkara Yang Baik Berlaku Buat Saya & Fara” – Shuk Sahar Enggan Jaja Isu Rumah Tangga

Hiburan

“Saya Tetap Harapkan Perkara Yang Baik Berlaku Buat Saya & Fara” – Shuk Sahar Enggan Jaja Isu Rumah Tangga

Pelakon dan pelawak Shuk Sahar menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali menjaja isu rumah tangganya dengan isteri, Fara Salleh di media sosial.

Namun begitu, Shuk atau nama lengkapnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar tetap mengharapkan doa daripada orang ramai agar kemelut rumah tangganya berakhir dengan baik.

Advertisement

shuk sahar

Doakan yang baik-baik. Walaupun korang dengar cerita yang bukan-bukan, saya tetap harapkan perkara yang baik berlaku buat saya dan Fara.

 

Harap korang juga dapat doakan Fara dan anak dalam kandungan baik-baik sahaja.

 

Saya tak mahu bercerita hal peribadi dalam media sosial sebab nak betul-betul fokus dengan bisnes sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut Kosmo! Online, kenyataan itu dikeluarkan selepas dia diasak dengan pelbagai pertanyaan mengenai kisah rumah tangganya oleh orang ramai di ruangan komen siaran langsung TikToknya semalam.

shuk sahar dan fara salleh

Selain enggan membuka cerita mengenai rumah tangganya, Shuk juga menegaskan bahawa dia tidak mahu memburukkan nama pasangannya di hadapan orang ramai.

Saya tak akan burukkan pasangan sebab pernah hidup bersama individu itu sebelum ini.

 

Kalau kita burkkan orang lain, satu hari nanti orang lain akan lakukan perkara sama pada kita pula.

 

Semua cerita peribadi itu akan saya uruskan sendiri. Saya memang tak suka kongsi hal peribadi sejak dulu lagi.

Pelawak itu juga sempat berseloroh bahawa dia termasuk dalam kalangan selebriti lelaki yang menjadi contoh buruk dan tidak wajar dijadikan teladan sebagai suami.

Saya ni dah di tahap lelaki yang dilabel sebagai ‘redflag’.

 

Aku akan dijadikan contoh bila nak kahwin, mak-mak akan cakap jangan cari menantu macam Shuk.

Sebelum ini, Fara mendedahkan dia sudah memfailkan penceraian terhadap Shuk pada awal Februari lalu.

fara salleh fail cerai terhadap shuk sahar
2 days ago

"Harap Kawan-Kawan Dia Tak Ganggu Proses Ni" - Isteri Shuk Sahar Fail Cerai, Alasan Tiada Persefahaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...