Lima tahun mendirikan rumah tangga, Noh Salleh dan pasangan Mizz Nina tidak berhenti diasak dengan soalan berkaitan cahaya mata. Namun, pasangan ini tidak pernah merasa tertekan dan semakin hari semakin bahagia bersama.
Alhamdullillah, walaupun belum dikurniakan zuriat, kehidupan saya dan Nina tetap bahagia. Saya tidak mahu mengambil pusing tentang pendapat orang mengenai kehidupan kami.
Noh juga memberitahu, mereka sudah mencuba pelbagi alternatif untuk mendapat zuriat sejak beberapa tahun lepas, cuma belum ada rezeki untuk bergelar ibu dan bapa.
Sebenarnya, kami sudah cuba bermacam-macam kaedah untuk tujuan itu tetapi belum ada rezeki untuk timang anak setakat ini. Saya yakin dengan perancangan Tuhan, Dia lebih tahu segalanya.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin mendapatkan anak. Namun, ada yang cepat dan ada yang lambat. Teruskan istiqamah dan berusaha serta memohon doa kepada Allah SWT untuk dikurniakan rezeki. Peduli apa cacian masyarakat, kita yang mencorakkan kehidupan kita sendiri.