January 16th, 2017

Walaupun Nasha Aziz sudah jarang muncul di kaca televisyen, masih ada yang ingin mengetahui perkembangan kisah cinta beliau.

Menurut Nasha, beliau sebenarnya selesa hidup sendirian dan menganggap ia bukanlah satu kekurangan.

Saya sudah terbiasa dengan soalan mengenai jodoh. Kawan-kawan saya juga selalu bercakap, mereka sentiasa mendoakan saya supaya segera bertemu jodoh. Saya tidak marah pun, malah saya anggap perbuatan mereka itu comel.

Cuma saya ingin tegaskan, biarpun sendirian, saya tetap bahagia. Tidak pernah langsung saya anggap hidup solo itu sebagai satu kekurangan. Kebahagiaan bukan terletak kepada pasangan. Bagi saya, kita perlu hargai apa yang Allah kurniakan kepada kita.

Sejujurnya Nasha ada keluar temu janji bersama lelaki tetapi beliau masih belum bertemu dengan lelaki yang serasi dengan dirinya.

Bukan bermakna saya menolak jodoh kerana terus terang saya ada juga keluar dating. Tetapi kebanyakan lelaki yang saya temui tidak serasi dan bertentangan dengan apa yang saya cari.

Jika anda diluar sana yang masih belum bertemu dengan jodoh yang sesuai, janganlah putus asa dan bersedih. InshaAllah, satu  hari nanti akan ada yang menjadi peneman serta pelengkap hidup anda, teruskan berdoa.

Sumber Berita : BH PLUS


Comments are closed.

Loading...