Penyanyi popular, Misha Omar berdepan detik cemas dan mendebarkan selepas terkandas dalam bencana banjir.
Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah binti Omar, menceritakan kejadian tersebut dilaluinya selepas membuat persembahan pada malam kemuncak Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).
Menurutnya, dia dan kakaknya yang merupakan pengurus dimaklumkan air banjir sudah mula memasuki dan melimpahi kawasan parkir WTC hingga ke paras buku lali.
Tanpa fikir panjang dan dalam keadaan serba kelam kabut, saya terus redah dan harung air banjir dengan heels sampai ke kereta dan segera keluar dari situ.
Penyanyi lagu Tanpa Rela itu menjelaskan dia dan keluarga sebenarnya merancang untuk bermalam di hotel berhampiran.
Tapi dapat maklumat air banjir mula naik di sekitar WTC, terus tak jadi dan fikir nak selamatkan nyawa serta cepat-cepat keluar dari situ saja.
Misha yang ditemani suami serta anak lelakinya sekali lagi diuji apabila terkandas di hadapan pusat beli belah Sogo akibat air dari sungai berdekatan melimpah keluar ke atas jalan.
Terdahulu, siaran langsung Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS2021) terpaksa dihentikan dan ditangguh serta merta berikutan bencana banjir yang semakin memburuk di sekitar Lembah Klang.