“Saya Tertanya – Tanya, Adakah Saya Ini Artis Kontroversi?” – Fattah Amin

Hiburan

“Saya Tertanya – Tanya, Adakah Saya Ini Artis Kontroversi?” – Fattah Amin

Pelakon popular Fattah Amin mengakui tidak pernah menyangka dirinya akan tercalon, apatah lagi memenangi kategori Artis Kontroversi Popular pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-37 yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata pencalonan dalam kategori tersebut membuatkan dia tertanya-tanya sama ada dirinya benar-benar layak dilabel sebagai artis kontroversi.

Advertisement

Saya sendiri tertanya-tanya, adakah saya ini artis kontroversi? Sebab peminat pun kenal saya bukan jenis artis yang suka cari kontroversi. Tapi ABPBH ini adalah anugerah berdasarkan undian peminat. Mungkin peminat teruja melihat saya tercalon dalam kategori ini, lalu mereka mengundi saya dan akhirnya rezeki saya menang.

Menurut Fattah, pencalonan dan kemenangan dalam mana-mana kategori disifatkan sebagai rezeki hasil sokongan peminat, selain melihat ABPBH sebagai platform penting yang menjadi pembakar semangat buat artis untuk terus berkarya dalam industri seni.

Tak kisah kategori apa sekalipun, bagi saya semua anugerah ini adalah hasil undian peminat. Kita sebagai artis perlu melihatnya sebagai satu motivasi untuk terus berkarya. Semua yang tercalon pun hebat-hebat dan saya doakan yang terbaik buat rakan-rakan artis.

Dalam pada itu, Fattah mengakui kemenangan kategori Artis Kontroversi Popular turut disumbangkan hasil gabungan undian peminatnya bersama peminat isterinya, penyanyi Amira Othman.

Setahu saya memang peminat saya dan Amira bergabung mengundi bersama. Alhamdulillah, saya rasa kemenangan ini pun hasil gabungan undian mereka.

Pada majlis sama, Fattah turut merangkul anugerah Aktor Filem Popular, sekali gus menambah kejayaan pada malam anugerah berprestij tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

engku emran
2025-12-15 13:10:37

Hantaran Engku Emran Buat Suami Baharu Erra Fazira Jadi Tumpuan - "Akhirnya Saya.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...