“Saya Tersasar, Itu Lumrah Manusia” – Fesyen Muslimah Dianggap Melampau, Masya Masyitah Minta Netizen Cermin Diri

Hiburan

“Saya Tersasar, Itu Lumrah Manusia” – Fesyen Muslimah Dianggap Melampau, Masya Masyitah Minta Netizen Cermin Diri

Nama selebriti remaja Masya Masyitah sering menjadi perhatian orang ramai susulan fesyen Muslimah yang sering dipaparkan di laman media sosial dianggap melampau.

Kata Masya, dia berlapang dada menerima segala teguran daripada netizen dan tidak mahu mengambil pusing dengan kritikan yang tidak berfaedah kerana tahu sendiri hal terbuku di hati.

Advertisement

Lebih baik, kalau mereka cermin diri mereka dahulu sebelum bercakap buruk tentang seseorang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?? Masya Masyitah (@masyitah_masya)

Biarpun sering menerima kutukan daripada orang ramai mengenai imejnya, Masya memberitahu bahawa ia sama sekali tidak akan mematahkan semangat untuk kekal istiqamah dalam bertudung.

Bahkan, pelantun lagu Halimunan itu sendiri mengakui dirinya kadang-kadang tersasar tetapi percaya semua itu adalah lumrah manusia.

Sebelum ini, Masya Masyitah teruk dikecam netizen susulan memuat naik foto memakai pakaian sekolah dengan stoking ala-ala pelajar Jepun hingga menampakkan kulit pahanya.

masya
10 months ago

"Legging Tu Jarang Sangat" - Masya Masyitah Pakai Tudung Tapi Nampak Peha?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...