“Saya Terpaksa Pakai Baju Melayu” – Tular Video MV Lama, Sajat Kata Terpaksa Ganti ‘Dancer’ Tak Hadir

Hiburan

“Saya Terpaksa Pakai Baju Melayu” – Tular Video MV Lama, Sajat Kata Terpaksa Ganti ‘Dancer’ Tak Hadir

Sebelum ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah klip video lagu karaoke bertajuk Keksaih Pujaan dari penyanyi Datuk Sharifah Aini yang memaparkan usahawan sensasi, Nur Sajat pada suatu ketika dahulu.

Menerusi video tersebut, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dilihat mengenakan persalinan baju Melayu dan lengkap bersongkok sambil menari zapin bersama seorang penari wanita.

Advertisement

Susulan itu, setiap kali usahawan itu membuat ‘live‘ di aplikasi TikTok, dia sering diasak berkali-kali dengan pertanyaan jika jejaka di dalam klip video itu sememangnya dirinya.

Tampil menjawab persoalan ramai, Sajat akhirnya mengaku bahawa jejaka di dalam klip video itu sememangnya dirinya dan meluahkan rasa bangga apabila wajahnya kekal segak dari dulu.

Ye! memang I pun, kenapa? cantik sangat I? baru korang tahu betapa cantiknya Sajat dari dulu. Sikit habuk pun tak ada buat muka, muka dari dulu sampai sekarang sama je!

@brooonoook

Ye memang aku kenapa??? #sajat #tiktok #tiktokmalaysia #fyp #fyp?

? original sound – brooonoook – brooonoook

Malah, Sajat turut menjelaskan bahawa dia hanya menggantikan penari lelaki yang tidak hadir ketika pengambaran klip video berkenaan dan mendakwa terpaksa memakai baju Melayu dan bersongkok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat respon dan ‘alasan’ yang diberi oleh usahawan itu yang bersikap terbuka walaupun sudah ‘kantoi’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Dia Dulu Budak Swatari.." - Tular Video Nur Sajat Berbaju Melayu Dalam 'MV', Netizen Puji 'Handsome'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 14, 2022 at 9:43 pm

    haha gigih jua nk ckp dia bkn lelaki.. dah flat je dada ko tu bknnya ko mmg jantan dr azali???.. time tu ko blom mmpu tambah silikon kn nokkk

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...