Pelakon Saidah Kamarudin menjelaskan bahawa dia tidak pernah berniat untuk membuka aib bekas tunangnya, aktor Muntazar Ghufran.
Dalam temu bual bersama Melodi, Saidah atau nama penuhnya Nur Saidah Kamaruddin berkata, walaupun pertunangan mereka berakhir secara baik, dia terpaksa bersuara selepas mendakwa Muntazar telah menggodam akaun TikTok miliknya.
Saya langsung tak berniat untuk mengaibkan sesiapa kerana kami putus dengan cara baik dan sudah bermaaf-maafan. Kami berdua pun ada salah masing-masing.
Isu ini bermula apabila dia godam akaun TikTok saya dan komen di sesi siaran langsung kawan saya dengan mengatakan saya ambil pil sebab saya stress dan tak boleh move on. Katanya saya menyesal maki dia dan nak kembali semula, namun itu semua tak betul.
Apa hak dia untuk buat macam tu? Kita pun dah selesaikan elok-elok sebelum ini. Kalau saya nak bercerita dah lama..dari bulan 10. Bukan niat saya nak mengaibkan, tapi saya terpaksa cerita untuk pertahankan diri saya.
Saidah turut memohon maaf atas kenyataannya sebelum ini dan mengakui kesilapan kerana bertindak mengikut emosi.
Tambahnya, dia hanya mahu perkara ini berakhir kerana sudah meneruskan kehidupan baharu selepas perpisahan mereka.
Saya cuma nak semua ini dihentikan sebab Muntazar yang mulakan. Kalau awak tak godam TikTok saya, saya takkan buat begini.
Banyak lagi video-video yang saya simpan tapi saya tak nak tunjuk. Saya dah penat sebab dah lama move on dan saya harap awak pun begitu.
Sebelum ini, Saidah pernah mendakwa pertunangannya terbatal kerana Muntazar hanya mempunyai RM500 dalam simpanan.
Untuk rekod, mereka bertunang pada Mei tahun lalu namun hubungan itu berakhir apabila Muntazar mengesahkan perpisahan mereka pada Oktober tahun sama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.