Saya Terlalu Tua Untuk Bintangi Kung Fu Hustle 2- Stephen Chow

Trending

Saya Terlalu Tua Untuk Bintangi Kung Fu Hustle 2- Stephen Chow

Peminat filem seni pertahanan diri teruja apabila pelakon dan pengarah Stephen Chow Sing Chi telah mengesahkan secara rasmi bahawa dia akan mengarahkan sambungan filem kultus klasik, Kung Fu Hustle.

Filem itu dikeluarkan pada tahun 2004, mendapat kutipan USD 102 juta di Box Office global, dan mendapat pujian dari pengkritik filem (90% di Rotten Tomatoes). Chow bukan saja mengarah, bersama menulis dan menerbitkan filem itu, malah dia ialah pelakon utamanya.

Advertisement

Dalam program promosi untuk filem terbarunya di Guangzhou iaitu The New King of Comedy, satu rakaman video  menunjukkan salah seorang peminat bertanya jika memang benar Kung Fu Hustle 2 akan diterbitkan.

Dia menjawab:

Uh, ya. Ia bukan sebenarnya Kung Fu Hustle 2, cuma jenis jalan ceritanya sama.

Menurut Chow, filem itu berlatar belakangkan zaman moden di negara asing tetapi masih mengekalkan semangat yang sama dengan filem asal.

Chow juga menafikan akan berlakon dalam filem tersebut, menyatakan dia terlalu tua untuk membintangi filem itu, walaupun tidak menafikan dia mungkin akan membuat kemunculan cameo.

Sejak Kung Fu Hustle dikeluarkan, Chow telah mengarahkan beberapa filem blockbuster, termasuk The Mermaid yang diterbitkan pada tahun 2016 dan kemudiannya menjadi filem dengan kutipan tertinggi di China (namun kini jatuh ke tempat keempat).

Dia kini dalam proses pengemasan akhir sambungan filem The Mermaid yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Kemudian, dia akan memulakan proses mengarah filem Kung Fu Hustle 2. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...