Saya Terlalu Bahagia Bersama Fazura, Dia Wanita Dan Isteri Yang Baik – Fattah Amin

Hiburan

Saya Terlalu Bahagia Bersama Fazura, Dia Wanita Dan Isteri Yang Baik – Fattah Amin

Dua tahun menyulam cinta dan hidup sebagai suami isteri, pelakon Fattah Amin mengakui beliau terlalu bahagia bersama Nur Fazura apatah lagi wanita itu banyak mendorong beliau dalam kehidupannya terutama sekali ketika melalui saat sukar.

Advertisement

Kalau bagi skala bahagia 1 sehingga 10 tu, 10 la. Kalau 100 sehingga 100 tu, 200 peratus. Ini mungkin doa daripada peminat dan keluarga. Alhamdulillah Allah makbulkan. Saya bahagia dengan isteri saya.

Fazura banyak membantu saya. Kan orang cakap, di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita. Wanita itu adalah Fazura.

Ditanya soal zuriat pula, Fattah menyerahkan soal itu kepada ketentuan rezeki dan meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.

Kami sama-sama berusaha tapi rezeki itu datang daripada Allah Taala. Doakan supaya Fattah dan Fazura dapat baby tidak lama lagi.

Kehangatan api cinta pasangan FattZura ini nampaknya semakin marak hari demi hari. Kami doakan mereka bahagia begini sehingga ke syurga dan dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...