Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Terkilan Dituduh ‘Barua’ Cina – Rosyam Noor Jawab Isu ST Rosyam Mart

Viral beberapa hari lalu apabila ada pihak mendakwa pemilik Sri Ternak Group hanya mempergunakan nama Datuk Rosyam Noor sebagai duta untuk menarik pelanggan ke pasaraya ST Rosyam Mart. Isu tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen dan pada masa yang sama Rosyam dilempar dengan bermacam tuduhan.

Advertisement

Menjawab segala persoalan, Rosyam menerusi satu sidang media khas tampil menjelaskan beliau bukanlah ‘barua’ Cina seperti yang digelarkan ramai dan sebenarnya memiliki 10 peratus saham dalam syarikat ST Rosyam Mart.

Saya tidak pernah cakap ST Rosyam Mart adalah milik saya 100 peratus, tetapi orang tuduh saya jadi ‘barua’ Cina. Malah, maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut ditularkan sehingga saham saya juga dipertikaikan. Saya bukan duta ST Rosyam Mart seperti yang didakwa, tetapi pemilik bersama kerana turut memegang saham 10 peratus.

Saya juga tidak ada kaitan dengan pengurusan Sri Ternak Group (STG). Saya hanya bekerjasama dengan Pengarah Sri Ternak iaitu Datuk Raymond Ho yang turut memegang saham 89 peratus manakala adiknya, Alan Ho pula memiliki satu peratus dalam ST Rosyam Mart.

Di Facebook saya, ada individu yang cakap saya ‘barua’ Cina. Perkara itu bukan hanya membuatkan saya sedih, tetapi keluarga juga terasa sama.

Rosyam juga sudah membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak mengenai tuduhan individu mengatakan dirinya sebagai ‘barua’ Cina dan kononnya Ah Chai adalah pemilik sebenar ST Rosyam Mart.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

36 Comments

  1. Anonymous

    January 7, 2019 at 5:22 pm

    tajuk kedai lebih baik tukarkan sahaja..rosyam 10% and partner 90%.

  2. Ayoi

    January 7, 2019 at 4:58 pm

    Barua tu mksd nye ko tu mulut lancang sgt..kutuk2 tun…ckp mcm2 kat kerajaan skrg….main isu perkauman…kutuk gila cina dan dap…last2 berniaga melutut kat cina…tu sbnrnye mksd barua….konon “hidup melayu”..upe2 nye melayu layu di kaki cina…hahahha…peringatan lps ni jgn cuba nk mainkan isu perkauman…kutuk bangsa lain mcm2…fhm x rosyam dan puak2 umno?????x sabar nk tgk si elli tu…agaknye elli tu pn ade bis partner dgn cina…hahahha…”hidup melayu”….”hidup ketuanan melayu”…..”ini tanah org melayu punya maaa”…..tp nk bis u melutut kat kaki gua maaa….ape cite maa….kah kah kah….

  3. alfie

    January 7, 2019 at 4:47 pm

    Betoi kata Rosyam dia bukan barua Cina tapi pelaq Najib yang dapat AP untuk Cina kabiaq ni berniaga. 10% tu upah sebagai Broker Cina tu bagi kat dia!

  4. Anonymous

    January 7, 2019 at 3:34 pm

    Hish..terkena aku..fikirkn balik dlm niaga mknn ni mana dtgnya 100% milik melayu,sah2 byk yg jadi pembekal tu org cina,terimalh hakikat org m’sia ooii..

  5. huhu

    January 7, 2019 at 3:01 pm

    tu la lain kali jangan ngaku2..acik bawang beria2 semua siap promote dalam wassap grup support rosyam mart ni..beli kat mart ni jer..boikot beli barang2 di kedai2 cina..tpi pada hakikatnya barang2 kat rosyam mart ni cina punya juga..sejak keluar issue ni ..acik2 bawang dlm wassap grup nampak dah tak promote kedai si rosyam..hahaha..acik2 bawang tak komen ke..

Loading...
To Top