“Saya Terkilan Banyak Pihak Memutar Belit..” – Ustazah Asma’ Perjelas Dakwaan Menyalahkan Kerajaan Atas Kerugian Bisnis

Kehidupan

“Saya Terkilan Banyak Pihak Memutar Belit..” – Ustazah Asma’ Perjelas Dakwaan Menyalahkan Kerajaan Atas Kerugian Bisnis

Baru-baru ini pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun kembali tampil memberi kenyataan menepis dakwaan dirinya menyalahkan pihak kerajaan atas penutupan perniagan restoran miliknya itu.

Terkilan ada yang putar belit cerita

Kata pemilik Momen Kafe ini, dia berasa kecewa apabila ada sesetengah pihak yang menokok tambah cerita sebenar dan membuatkan kenyataan daripadanya itu seolah-olah menyalahkan pihak kerajaan atas kerugian bisnisnya itu.

Advertisement

Sebaliknya, apa yang dimaksudkan adalah isu kos sara hidup bukan sahaja terjadi di Malaysia, malahan di negara-negara lain juga. Tak bermaksud dirinya menyalahkan pihak kerajaan atas kenaikkan harga-harga barang.

Saya sangat terkilan apabila banyak pihak yang memutar belit, menokok tambah dan memberi gambaran seolahnya saya menyalahkan pihak kerajaan, susulan kenyataan saya bahawa kenaikan harga barang menjadi antara faktor kerugian.

 

Kenaikan kos sara hidup adalah isu global, bukan hanya di negara Malaysia. Bahkan di Tanah Suci Makkah, Madinah juga harga makanan turut naik mendadak.

Masih menjaga kebajikan pekerja

Pada masa yang sama, Asma’ juga menjelaskan bahawa kebajikan pekerjanya tetap dijaga meskipun Momen Kafe tidak lagi beroperasi. Menurutnya, dia akan memindahkan pekerja-pekerjanya ke syarikat lain di bawah cabang bisnisnya.

Walaupun Momen Kafe ditutup, kebajikan mereka tetap kami jaga. Mereka akan dipindahkan ke syarikat lain di bawah cabang perniagaan saya.

 

Sepanjang beroperasi, Alhamdulillah Momen Kafe tak pernah lewat bayar gaji pekerja, termasuk caruman EPF, Socso, sewa, utiliti dan kos-kos lain, dilakukan melalui pinjaman dana dari Galeri UAH. Sehinggalah Galeri tak dapat menampung kos keperluan Momen Kafe.

Tambah Asma’, dia faham itulah realiti sebenar dunia perniagaan dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Terdahulu, Asma’ mendedahkan perniagaan restorannya terpaksa ditutup kerana mengalami kerugian hampir RM300K selama setahun beroperasi.

2 months ago

“Kata Rugi 300K, Tapi Buka Kafe Momen 2..” - Netizen Pertikai Tindakan Ustazah Asma’ Buka Kafe ‘Outlet’ Kedua?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...