Ibu kandung kepada Musa, Athira, telah tampil menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi Noh di mahkamah semalam berkaitan dengan penjagaan anaknya itu.
Putar belit cerita
Menurut Athira, dia berasa terkilan dengan kenyataan yang diberikan oleh Noh kepada media tempatan kerana ia telah diputar belit mengatakan dirinya telah memberi keizinan kepada penyanyi tersebut untuk mengambil Musa ketika di bawah penjagaan ibu angkatnya, Mizz Nina.
Ketika dia minta saya menandatangani Statutory Declaration (SD), dia kata sekurang-kurangnya bila Nina ke luar negara, dia dapat menjaga Musa. Jadi saya fikir Nina sibuk dengan kerja, jadi saya izinkan dia jaga Musa buat sementara.
Saya tandatangani SD itu di hadapan pekerjanya sahaja. Tiada orang lain. Tiada Pesuruhjaya Sumpah.
Kemudiannya saya diberitahu saya sepatutnya tandatangani SD itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Jadi SD itu tidak sah.
@beautifulnara #trendingnewsmalaysia #terkini #trending #sembangentertainment #mizznina #nohsalleh #musa ♬ Do’aku – Haddad Alwi
Tidak tahu Musa akan diambil
Bukan itu sahaja, ibu kandung Musa turut menjelaskan bahawa dia tidak tahu tentang rancangan mengambil Musa ketika Mizz Nina di luar negara pada 19 Disember lalu.
Tambahnya lagi, dia menegaskan bahawa penjagaan Musa hanyalah kepada Mizz Nina dan penyerahan tersebut juga sah.
Saya juga tak tahu dia merancang untuk mengambil Musa. Jadi bila saya dengar kenyataan yang diberikan kepada media, saya terkejut kerana apa yang dia cakap semuanya tak betul.
Dari awal saya tandatangani surat penyerahan itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Nina adalah penjaga Musa yang sah.
View this post on Instagram
Difahamkan juga, Athira berasa kesal apabila nama penuhnya didedahkan di media sosial dan meminta Noh memohon maaf namun nombor telefonnya telah disekat oleh Noh.