Pelakon Farid Kamil semalam mendedahkan isterinya, Diana Danielle pernah menghalau ibu kandungnya iaitu Norsiah Ramli dari rumah kelamin mereka sekitar tahun 2019.
Farid yang ditemui media memaklumkan bahawa dirinya terkejut melihat kelibat Norsiah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 5 April lalu bersama isterinya itu.
Saya tak dapat hubungi ibu mentua saya kerana setahu saya sejak 2019 Diana dah halau dia keluar dari rumah kami. Tetapi tiba-tiba 2023 dia muncul di mahkamah minggu lepas semasa kes hadanah.
Tambah pelakon itu, Diana perlu menjelaskan kepadanya tentang sebab mengapa dia menghalau dan enggan berjumpa ibu kandungnya pada ketika itu.
Tetapi selepas berlaku perkara sebegini, tiba-tiba Norsiah muncul dan saya sendiri sudah lama tak berhubung dengannya sebab Diana yang putuskan hubungan dengan ibunya sendiri.
Terdahulu, Diana telah memfailkan permohonan cerai terhadap Farid dengan alasan shiqaq dan tidak boleh hidup sebagai suami isteri lagi namun pelakon itu enggan melepaskan isterinya.
View this post on Instagram
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad dan Nur Aurora.