“Saya Terjun Bidang Ni Bukan Untuk Bergelar Penyanyi Hebat..” – Sean Lee Hanya Ingin Ekspresi Diri Sebagai Penyanyi

Hiburan

“Saya Terjun Bidang Ni Bukan Untuk Bergelar Penyanyi Hebat..” – Sean Lee Hanya Ingin Ekspresi Diri Sebagai Penyanyi

Pelakon dan pengacara, Sean Lee berkata dirinya bukan berniat untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi selepas dirinya mengambil langkah untuk menceburi bidang nyanyian dengan  melancarkan single pertama yang berjudul Tak Sanggup Terima.

Cara ekspresi diri

Menurut Sean, dirinya memberanikan diri untuk menempah nama di industri muzik ini bukan untuk mendapat gelaran hebat atau mengalahkan mana-mana penyanyi. Katanya, ini hanya cara baginya untuk mengekspresi diri.

Advertisement

Sudah lama saya berhasrat nak masuk dalam bidang muzik. Tujuan saya terjun ke bidang ini bukan untuk bergelar penyanyi terhebat.

 

Saya bukan nak melawan Aina Abdul atau penyanyi-penyanyi bertaraf Anugerah Juara Lagu. Saya ceburi bidang muzik ini sebagai salah satu cara lagi saya mengekspresi diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SEAN LEE (@seanlje)

Sedia terima sebarang kritikan

Tambahnya lagi, dia akui telah bersedia untuk menerima sebarang kritikan positif mahupun negatif untuk cubaan barunya dalam industri tersebut. Baginya, ia menjadi maklum balas untuknya memperbaiki diri.

Saya tak tahu promo lagu ini akan viral.

 

Saya okay sahaja. Bagi saya, komen-komen negatif ini lebih baik daripada tiada komen langsung. Baik atau tidak, ia merupakan maklum balas untuk saya perbaiki diri. Ini merupakan proses pembelajaran buat saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SEAN LEE (@seanlje)

Terdahulu, Sean telah tular di media sosial kerana disangka meniru gaya dan pemakaian penyanyi Korea Selatan bernama Jungkook dari kumpulan BTS itu.

amir ahnaf
5 months ago

(VIDEO) "Hang Pasaipa! Jungkook Dark Web Ni" - Menari Sambil Tayang Badan, Amir Ahnaf 'Kaw Kaw' Kena Kutuk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...