Pelakon dan pengacara, Sean Lee berkata dirinya bukan berniat untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi selepas dirinya mengambil langkah untuk menceburi bidang nyanyian dengan melancarkan single pertama yang berjudul Tak Sanggup Terima.
Cara ekspresi diri
Menurut Sean, dirinya memberanikan diri untuk menempah nama di industri muzik ini bukan untuk mendapat gelaran hebat atau mengalahkan mana-mana penyanyi. Katanya, ini hanya cara baginya untuk mengekspresi diri.
Sudah lama saya berhasrat nak masuk dalam bidang muzik. Tujuan saya terjun ke bidang ini bukan untuk bergelar penyanyi terhebat.
Saya bukan nak melawan Aina Abdul atau penyanyi-penyanyi bertaraf Anugerah Juara Lagu. Saya ceburi bidang muzik ini sebagai salah satu cara lagi saya mengekspresi diri.
View this post on Instagram
Sedia terima sebarang kritikan
Tambahnya lagi, dia akui telah bersedia untuk menerima sebarang kritikan positif mahupun negatif untuk cubaan barunya dalam industri tersebut. Baginya, ia menjadi maklum balas untuknya memperbaiki diri.
Saya tak tahu promo lagu ini akan viral.
Saya okay sahaja. Bagi saya, komen-komen negatif ini lebih baik daripada tiada komen langsung. Baik atau tidak, ia merupakan maklum balas untuk saya perbaiki diri. Ini merupakan proses pembelajaran buat saya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Sean telah tular di media sosial kerana disangka meniru gaya dan pemakaian penyanyi Korea Selatan bernama Jungkook dari kumpulan BTS itu.