Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Teringin Nak Kahwin – Nazim Othman

Pernah melalui saat sukar ketika wujudnya ketumbuhan di antara mata kanan dan di atas hidungya sehingga ia perlu dibedah pada awal tahun lepas,  ia sama sekali telah mengubah Nazim Othman untuk menjadi seorang insan yang lebih baik kini.

Advertisement

Itu merupakan ujian terberat dalam hidup saya setakat ini. Fasa itu buatkan saya sedar banyak benda, menjadikan saya tidak takut untuk berhadapan apa saja kemungkinan. Saya hanya takut Dia. Tapi saya masih ada hormat dekat orang, dulu saya ada rasa takut-takut juga dengan orang. Saya lebih relaks dan menghargai kehidupan.

Apabila saya sakit awal tahun ini, benda itu buat saya makin tenang, tak kisah dengan apa yang mendatang. Saya percaya kepada setiap yang datang itu sebagai ketentuan Tuhan untuk kita semua. Jadi secara automatiknya perasaan nak cepat marah itu tak ada dah. Saya jadi lebih positif.

Berbicara mengenai kisah peribadinya, Nazim sering dikaitkan dengan aktres jelita Bella Dally tetapi mereka seakan tidak pernah mengakui sedang bercinta dan sekaligus membuat ramai pihak yang tertanya-tanya status sebenar hubungan mereka.

Jelas Nazim, hubungan beliau dan Bella masih lagi baik dan aktor kacak itu sama sekali tidak menolak ketentuan takdir jika mereka dijodohkan untuk berkahwin satu hari nanti.

Hubungan saya dengan Bella masih baik. Saya selalu ditanya tentang ini. Tak taulah nak cakap. Saya sampai satu tahap tak mahu kongsi apa pun pasal hubungan kami. Kalau betul jodoh antara kami kuat, InsyaAllah akan kahwin.

Saya teringin nak kahwin. Saya dah pun 31. Bukan sebab umur yang mendorong saya untuk kahwin. Hati saya dah terbuka untuk ada keluarga sendiri. Saya dah bersedia secara mentalnya. Tunggu masa yang sesuai. Kalau jodoh dengan dia, Alhamdulillah.

Kalau sudah terbuka pintu hati untuk berkahwin, InshaAllah perkara tersebut akan dipermudahkan. Siapa tahu memang sudah jodoh Nazim Othman dan Bella Dally untuk berkahwin? Doakan yang terbaik buat pasangan ini.

Sumber Berita: Tonton Extra

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top