Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dari Kampung Parit Haji Ahmad, Pontian, Johor menyampaikan keinginannya untuk menjejakkan kaki ke taman tema Legoland di Johor Bahru sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Menurut Harian Metro, Mohd Adam Amsyar menderita penyakit jantung terbalik atau Mitral Valve Atresia sejak 2 tahun lepas di mana ia menyebabkannya sering sesak nafas serta keletihan.
Penyakit yang dihidapi Adam itu hanya dapat dikesan ketika dia berusia 7 tahun dan pakar turut meramalkan dia tidak mempunyai jangka hayat yang panjang.
Abd Rahman Ahmad, 47, bapanya berkata dia dimaklumkan penyakit itu jarang berlaku dan hanya 3 pesakit saja termasuk anaknya itu dikesan menderita penyakit berkenaan di Malaysia.
Penyakitnya dikesan ketika usia 7 tahun selepas dia kerap sesak nafas, bengkak di muka serta anggota badan dengan tubuhnya menjadi kebiruaan.”
Katanya lagi, doktor tidak dapat melakukan pembedahan untuk membetulkan keadaan jantungnya kerana ianya amat merisikokan nyawa Adam selain berpesan agar sering ke hospital untuk lakukan pemeriksaan susulan serta jangan biarkannya keletihan dan sentiasa menggembirakan anaknya itu.
Disebabkan Adam memerlukan penjagaan rapi, Abd Rahman berkata dia terpaksa berhenti daripada melakukan kerja tetapnya sebagai pemandu lori. Hal itu membuatkan mereka sekeluarga mengalami kekangan kewangan dan tidak mampu membeli susu formula khas disarankan doktor untuk meredakan kesakitan Adam.
Ketika ditemu ramah, bapanya yang menangis saat menceritakan penderitaan ditanggungnya itu membuat Adam turut berasa sebak. Katanya, dia sangat sayangkan bapanya yang sentiasa berusaha menggembirakan hatinya.
Saya ada beritahu ayah teringin ke Legoland. Kalau tak pergi Legoland pun tak apa, sebab bersama ayah pun dah gembirakan hati saya.”
Sementara itu, Legoland yang dihubungi wartawan memaklumkan pihak mereka berhasrat untuk menunaikan impian adik Adam, lapor Harian Metro.
Selain itu, kami sediakan cerita berkaitan yang trending sebelum ini untuk anda baca di bawah.
Baca: (Video) Dia Memang Teringin Nak Jadi Bomba, Pesakit Kanser Tahap Empat Realisasikan Impian Terakhir