“Saya Terima Tawaran Berlakon Ketika Itu Kerana Tiada Pekerjaan..”- ‘Peragut’ Wan Maimunah Kini Sudah Dijumpai

Hiburan

“Saya Terima Tawaran Berlakon Ketika Itu Kerana Tiada Pekerjaan..”- ‘Peragut’ Wan Maimunah Kini Sudah Dijumpai

Pastinya semua sedia tahu iklan malar segar mengenai bahaya kejadian ragut yang menampilkan pelakon Wan Maimunah yang masih diingati sehingga kini.

Jika sebelum ini Wan Maimunah ada meluahkan hasrat untuk berjumpa dengan lelaki yang bergandingan dengannya dalam iklan tersebut, kini hasrat itu telah pun tertunai apabila individu itu tampil memunculkan diri.

Advertisement

Setelah hampir 20 tahun iklan itu disiarkan, ‘peragut’ tersebut ataupun Mohd Uzreen Mohd Kassim tampil menceritakan bagaimana pembabitan awalnya dalam pembikinan iklan tersebut.

Uzreen yang kini bekerja sebagai pemandu lori memberitahu bahawa dia ditawarkan berlakon dalam iklan berkenaan pada tahun 2006 dan terus menerimanya kerana tidak mempunyai sebarang pekerjaan pada ketika itu.

Menganggap semua sebagai kenangan terindah kerana mendapat peluang untuk berlakon di samping pelakon hebat seperti Wan Maimunah, Uzreen berkata dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang lakonan pada ketika itu.

“Teruja ada, takut pun ada, bercampur baur ketika berlakon dengan ibu Wan Maimunah. Walaupun rasa agak kekok dan susah untuk melaksanakannya, saya cuba. Ibu pun tidak lokek berkongsi ilmu.”

Tambah Uzreen lagi, iklan tersebut merupakan tawaran yang pertama dan juga terakhir buat dirinya.

Iklan tersebut dilaporkan telah kembali tular di media sosial beberapa bulan lalu dan berikutan itu, Uzreen telah menerima banyak mesej daripada individu tidak dikenali di media sosial.

Dalam pada itu, Uzreen meluahkan rasa bangga apabila mesej yang ingin disampaikan dalam iklan tersebut masih kekal relevan dan ‘sampai’ kepada penonton sehingga kini.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...