Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Terima Maaf Janna Nick Tapi Beri Masa Untuk Hadam Apa Dia Sudah Lakukan- Sheila Rusly

Pelakon Janna Nick sebelum ini tidak dapat menahan sebaknya dan menangis memohon kemaafan daripada Sheila Rusly atas salah faham yang berlaku sehingga menjejaskan hubungan akrab mereka berdua.

Advertisement

Dalam kenyataan terbaru hari ini, penerbit itu memberitahu beliau sudah lama memaafkan anak didiknya itu tetapi agak sukar untuk melupakan apa yang Janna lakukan pada diri dan keluarganya.

Alhamdulillah dia dah sedar atas kesilapan dia. Saya dah maafkan tapi bagi saya masa untuk hadam apa yang dia dah buat pada saya dan keluarga.

Apa yang terjadi terlalu peribadi untuk dikongsikan dan Sheila memberitahu ia tiada kaitan dengan pembikinan drama Leftenan Zana ataupun sekadar gimik untuk melariskan lagi drama tersebut.

Advertisement

Terdahulu, krisis antara Sheila dan Janna mula tercetus apabila penerbit itu dikatakan memuat naik kenyataan berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada Janna dan seakan mengatakan pelakon itu tidak mengenang jasanya. Hubungan mereka dikatakan lebih retak dan dingin selepas Sheila tidak lagi mengikuti Janna di Instagram.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 Comments

  1. Anonymous

    February 27, 2019 at 6:07 pm

    Apa yg janna dh buat smpai xleh nk hadam? bagusla janna mengalah minta maaf dulu..tnjuk yg muda pn blh bg contoh yg baik.. sheila ketok2 ni over dlm rancangan die tuh

  2. cuba try test

    February 27, 2019 at 5:39 pm

    kata terlalu peribadi nak share the real reason tapi sindir-sindir secara public on public social media account. bagitahu jelah satu dunia sebab apa. kan senang. macam budak sekolah je main aim indirect macam tu. -__-

  3. anon

    February 27, 2019 at 4:49 pm

    laki bini sama perasan baguihh ..poddahh

  4. akak sado

    February 27, 2019 at 4:49 pm

    Sebenarnya, janna ngan sheila ni x blh rapat pun..dua2 jenis serius, garang..aku pasan sheila ni jenis serius nau, komen kat insta semua dia bomb..semua x kena..org ckp elok2 pun dia jawab dgn kasar..semua x kena pada dia..janna pulak kita tau dia jenis brutal sikit..bkn jenis ayu2 manja macam ayda jebat..ada sikit silap, dah masing2 tnjuk ego masing2..mujur jugak janna merendah diri nak minta maaf..sheila ni pun, dah tua2 pun xnak mengalah..still kuar statement “nak hadam”..mcm good2 nau

  5. Lala land

    February 27, 2019 at 3:36 pm

    Biar masa yg menentukan. Aku faham perasaan tu. Bila kita baik dgn seseorg…tetiba org tu buat taik…it will take time to heal . And kalau heal sekalipun…dia x akan jd seperti yg dulu. Mcm cermin…bila dah pecah..dia akan retak seribu. Nak balik to asal…x mungkin. Apa2 pun bermaafan dan jgn ada dendam agar hidup lebih tenang.

Loading...
To Top