Saya Terima Maaf Janna Nick Tapi Beri Masa Untuk Hadam Apa Dia Sudah Lakukan- Sheila Rusly

Hiburan

Saya Terima Maaf Janna Nick Tapi Beri Masa Untuk Hadam Apa Dia Sudah Lakukan- Sheila Rusly

Pelakon Janna Nick sebelum ini tidak dapat menahan sebaknya dan menangis memohon kemaafan daripada Sheila Rusly atas salah faham yang berlaku sehingga menjejaskan hubungan akrab mereka berdua.

Advertisement

Dalam kenyataan terbaru hari ini, penerbit itu memberitahu beliau sudah lama memaafkan anak didiknya itu tetapi agak sukar untuk melupakan apa yang Janna lakukan pada diri dan keluarganya.

Alhamdulillah dia dah sedar atas kesilapan dia. Saya dah maafkan tapi bagi saya masa untuk hadam apa yang dia dah buat pada saya dan keluarga.

Apa yang terjadi terlalu peribadi untuk dikongsikan dan Sheila memberitahu ia tiada kaitan dengan pembikinan drama Leftenan Zana ataupun sekadar gimik untuk melariskan lagi drama tersebut.

Advertisement

Terdahulu, krisis antara Sheila dan Janna mula tercetus apabila penerbit itu dikatakan memuat naik kenyataan berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada Janna dan seakan mengatakan pelakon itu tidak mengenang jasanya. Hubungan mereka dikatakan lebih retak dan dingin selepas Sheila tidak lagi mengikuti Janna di Instagram.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

19 Comments

  1. Anonymous

    February 28, 2019 at 12:18 pm

    ntah2 si janna ni rejek anak laki dia..tu y dia x blh terima…hahahaha…klu bkn sbb drama sbb ape???dh kecoh2 dok perli2 kat media sosial lps tu xnk ckp gaduh sbb ape…cam bdk2…klu xnk bgtau xyah kecoh2…ko buat netizen jd detektif pulak nk korek sbb ape korg bergaduh..hahaha…

  2. nenoneno

    February 28, 2019 at 11:10 am

    aku blh rase perasaan sis. ibarat ko ade kwn baik yg kenal sejak sekolah end up buat taik.perit wehh. perit. kalau dia dtg minta maaf, kita boleh maafkan. tapi utk lupekan ape yg dia dh buat, amik masa. luka walaupun dah tak berdarah, parutnye tetap ade

  3. Joyah Pok Pek

    February 27, 2019 at 7:02 pm

    Joyah suspek maybe Janna nak jadi bakal ibu tiri yang baik kot buat suami dan keluarga anak2 Kak Sheila..Alah mcm Dato Siti dulu kan baik dgn ex bini dato K, siap di jemput dtg ke rumah bagai berkenal kenalan.makan minum menepek di rumah. .di rapatkan dgn anak2 nah sekali merapat dgn datuk K..Ni pulak Janna yang dh smpai tido tidoran di rumah Kak Shiela

    • Lici

      February 28, 2019 at 9:37 am

      eh ada pulak napsu Janna nak hadap muka tapak kasut laki Shiela tu… ewwww

Loading...