“Saya Terima Keputusan Hot FM Dengan Hati Terbuka..”- Shuk Sahar

Hiburan

“Saya Terima Keputusan Hot FM Dengan Hati Terbuka..”- Shuk Sahar

Baru saja diumumkan mengenai penamatan kontrak dirinya sebagai penyampai radio stesen Hot FM, Shuk Sahar berkata dia menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

Instagram Shuk SaharSumber : Instagram Shuk Sahar  

Berkuatkuasa mulai hari ini, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar ketika dihubungi media beranggapan bahawa itu keputusan terbaik dibuat oleh pihak pengurusan stesen radio popular itu.

Advertisement

Meskipun begitu, Shuk memberitahu bahawa dia kini belum bersedia untuk bercerita dengan lebih lanjut serta meminta sedikit ruang untuk bersendirian.

Shuk Hot FMSumber : Instagram Shuk Sahar  

“Apapun keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita dengan lebih lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini.”

Dia yang sebelum ini digantung tugas buat sementara waktu semenjak 24 Januari lalu gara-gara terpalit dengan satu kontroversi membabitkan hal rumah tangganya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara.

Pihak pengurusan Hot FM, Ripple yang diwakili oleh Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim dalam satu kenyataannya berkata, hasil siasatan dalaman mendapati Shuk telah melanggar kontrak perkhidmatan sepanjang peristiwa itu berlaku.

View this post on Instagram

A post shared by Hot FM ?? (@hotfm976)

Kisah rumah tangga antara Shuk dan isterinya bersama wanita tersebut telah menjadi tular di media sosial sekaligus menyebabkan segelintir pihak mendesak agar Shuk diberhentikan perkhidmatannya sebagai penyampai radio kerana sering saja terpalit dengan isu-isu seperti itu yang boleh menjejaskan reputasi stesen radio Hot FM.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...