Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Terima Keputusan Hot FM Dengan Hati Terbuka..”- Shuk Sahar

Baru saja diumumkan mengenai penamatan kontrak dirinya sebagai penyampai radio stesen Hot FM, Shuk Sahar berkata dia menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

Instagram Shuk SaharSumber : Instagram Shuk Sahar  

Berkuatkuasa mulai hari ini, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar ketika dihubungi media beranggapan bahawa itu keputusan terbaik dibuat oleh pihak pengurusan stesen radio popular itu.

Advertisement

Meskipun begitu, Shuk memberitahu bahawa dia kini belum bersedia untuk bercerita dengan lebih lanjut serta meminta sedikit ruang untuk bersendirian.

Shuk Hot FMSumber : Instagram Shuk Sahar  

“Apapun keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita dengan lebih lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini.”

Dia yang sebelum ini digantung tugas buat sementara waktu semenjak 24 Januari lalu gara-gara terpalit dengan satu kontroversi membabitkan hal rumah tangganya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara.

Pihak pengurusan Hot FM, Ripple yang diwakili oleh Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim dalam satu kenyataannya berkata, hasil siasatan dalaman mendapati Shuk telah melanggar kontrak perkhidmatan sepanjang peristiwa itu berlaku.

View this post on Instagram

A post shared by Hot FM ?? (@hotfm976)

Kisah rumah tangga antara Shuk dan isterinya bersama wanita tersebut telah menjadi tular di media sosial sekaligus menyebabkan segelintir pihak mendesak agar Shuk diberhentikan perkhidmatannya sebagai penyampai radio kerana sering saja terpalit dengan isu-isu seperti itu yang boleh menjejaskan reputasi stesen radio Hot FM.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Pemerhati

    February 19, 2021 at 5:17 pm

    Eh yang bodoh tu jantan tu. jangan dok salahkan isterinya. Dia yg tabur pasir dalam periuk nasi sendiri dengan mengkhianati kepercayaan isteri anak2 dia, majikan dia. Dulu dapat kerja sebab konon tak buat lagi je. Majikan pun kesian. Takkanlah nak simpan orang tak berbakat lama2. Nak kesian berapa lama? Hot fm juga rugi, imej pun tercemar

  2. Anonymous

    February 19, 2021 at 11:14 am

    Moralnya….
    Jangan main-main dengan isteri
    Kerana isteri hebahkan “kehilangan suami” (curang)…hubungan suami isteri yang retak, bertaut kembali
    Kerana isteri juga..periuk nasi keluarga tertutup

    Apa-apa pun…cari hikmah atas apa yang berlaku & belajar dari kesilapan.

    Berpada-pada bercerita masalah rumahtangga – tak perlu canang satu donia..

  3. ummah

    February 19, 2021 at 9:49 am

    punca rezeki ditutup sebab kependekan akal isteri. sekurang kurangnya cari jalan penyelesaian dulu sblm sebar dekat public nak raih simpati. dengan keadaan ekonomi sekarang ni, kalau syuk xde keje lg ssh. event dah la xde. masalah peribadi jgn la nak bw satu dunia tahu. selesai cara berhemah. skang semua rugi. silap diceraikan lagi isteri sbb punca. harap2 syuk bertabah lah

    • tecit

      February 19, 2021 at 10:12 am

      apa2 semua slh istri. menyampah aku. heyy! ape sebab istri jd mcm tu?? klu suami slh kene sabar je ke. klu istri xsbr suami yg slah trus jd betol ke? eh meluat lahh. istri tu cerminan suami. klu nampak istri jadi lagu tu, sbb suami laaa xpandai jage sorg bini tp sibuk berangan nk tambah sorg lagi! rasekan kau balasan!

    • Anonymous

      February 19, 2021 at 3:36 pm

      Hahaahahha bodoh pekat sangat ni.

    • Anonymous

      February 21, 2021 at 5:08 pm

      Kenapa bodohsangat comment ni? Tak main2 betul bodoh dia ni.

  4. entah laa

    February 19, 2021 at 9:02 am

    sebabtu lepasni nak buat apa apa, fikir lah isteri dan anak-anak. InsyaAllah harap dengan keputusan ni, Shuk lebih pentingkan family. belajar dari kesilapan. rezeki ada dekat mana-mana. yang penting bahagiakan isteri, anak-anak & parents.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top