Baru-baru ini, penyampai radio popular, Tyzo Xander mengakui pernah menerima kecaman susulan penampilan dan gayanya ketika dirinya baru digelar deejay di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm).
Cara penyampaian dikecam
Menurut Tyzo, setelah menamatkan perkhidmatan di Suria FM lalu ke IKIMfm, dia terpaksa berdepan dengan kecaman netizen yang sukar menerima cara penyampai deejay ini di stesen radio itu.
Namun, lama kelamaan, kecaman itu semakin bersurut setelah lebih ramai mula terima kehadiran Tyzo di IKIMfm dan cara penyampaiannya.
Pada awalnya memang saya menerima kecaman daripada netizen mungkin kerana cara penyampaian saya masih berbunyi hiburan.
Tetapi pada saya, ianya bukan hanya sekadar hiburan malah ianya untuk memberi senyuman kepada pendengar di luar sana.
View this post on Instagram
Masih berhubungan baik dengan bekas rakan setugas
Ketika ditanya soal hubungan dengan rakan setugas di tempat kerja lamanya, Tyzo memberitahu dia masih mengekalkan silaturahim dengan mereka meskipun tidak lagi bekerja bersama-sama.
Saya masih berhubung dengan rakan setugas dahulu, tetapi tidaklah begitu kerap dan saya juga tidak melihat sebarang keperluan untuk berhubung dengan pihak atasan.
Tidak dinafikan perasaan rindu itu tetap ada kerana mempunyai pasangan penyampai yang baik tetapi sekarang saya juga membentuk persefahaman yang makin baik apabila bekerjasama dengan rakan penyampai baharu.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Tyzo telah mengumumkan akan menamatkan perkhidmatannya di radio Suria FM pada 12 Januari lalu setelah lapan tahun bertugas.