Aura Fattzura tidak dinafikan mencetuskan fenomena yang agak luar biasa dan pastinya ramai yang gembira serta menginginkan Nur Fazura dan Fattah Amin bergelar pasangan kekasih, kalau boleh sehingga ke jenjang pelamin.
Fazura juga menerusi portal Harian Metro berkata beliau tidak menolak andai beliau ada jodoh dengan Fattah.
Saya okay saja dengan apa yang peminat katakan. Lagi pun mereka mendoakan perkara yang baik-baik, jadi tidak ada salahnya dan saya menerima saja. Kalau ada jodoh saya dengan Fattah, adalah. Saya anggap perkara ini juga berlaku disebabkan keberkesanan gandingan kami dalam drama kerana bukan mudah untuk membina keserasian.