Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Terima Cacian Yang Dilemparkan- Afifah Nasir

Kisah Aliff Aziz dan Afifah Nasir berkaraoke berdua dalam bilik VIP sebuah pusat karaoke di Cheras beberapa minggu lepas masih hangat sehingga ke hari ini. Hangat kerana keduanya diserbu oleh isteri Aliff, Bella Astillah, yang ketika itu baru 20 hari melahirkan anak mereka.


Akibatnya, berlaku pergelutan dalam bilik tersebut yang menyebabkan Bella cedera di wajah dan lutut. Dan disebabkan laporan polis yang dibuat oleh Bella, Aliff telah ditahan polis dan terpaksa menghabiskan masa di lokap selama dua hari.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Aliff telah mengaku kesalahannya dan meminta maaf dari Bella dan peminatnya, namun Afifah mendakwa dia hanya berada di bilik karaoke itu untuk berbuat baik dengan Aliff seperti permintaan pihak produksi Izinkan Aku Mencintaimu untuk memujuk Aliff yang mempunyai masalah disiplin di lokasi penggambaran.

Aliff mendakwa Afifah berbohong tetapi Afifah mendakwa mempunyai bukti dakwaannya benar, tetapi enggan bukti itu disebarkan. Seterusnya keadaan menjadi lebih kompleks apabila pihak produksi sekejap tidak mengaku dan sekejap mengaku pernah menyuruh Afifah berbuat baik dengan Aliff bagi tujuan tersebut.

Advertisement

Apa pun isu terhangat tersebut sejuk sendiri apabila kedua-dua belah pihak berhenti memberi kenyataan.

Setelah sekian lama tidak memuat naik status di akaun Instagramnya, Afifah akhirnya memuat naik satu status meminta maaf dari keluarganya atas kesilapan yang telah dilakukan walau apa pun niatnya. Afifah menulis:

To my family, I know the pain I have caused to all. Never in my intention to hurt all of you. Segala kata cacian yang dilemparkan, I accept it as it is for the mistake I have done be it my intention were pure or not. Kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Hidup tak perlu puaskan hati sesiapa. Relationship with god is what matters the most. Masing2 ada hak untuk bersuara dan judge. Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, Allah tahu niat kita macam mana. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Minta jasa baik semua sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Let go of your anger at me, not my family nor my bf as I believe they are innocent? seperti yang semua nak.. ruang comment dibuka untuk semua.

Dan dalam masa yang singkat, lebih seribu komen telah ditinggalkan di status tersebut yang memaparkan gambar keluarga Afifah termasuk teman lelakinya, Wan Ariff.

Turut meninggalkan komen ialah Anzalna Nasir, kakak Afifah yang terlebih dahulu makan asam garam dunia selebriti. Anzalna menulis:

apipah

Ada juga yang meminta Afifah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Bella Astillah selaku isteri Aliff, tetapi setakat ini Afifah dilihat tidak membalas komen itu. – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top