“Saya Teman Sepupu Aisha Retno Buat Persembahan Dan Terus Balik” – Sophia Albarakbah Nafi Hadir ASGV Nak Tengok Aliff Aziz

Hiburan

“Saya Teman Sepupu Aisha Retno Buat Persembahan Dan Terus Balik” – Sophia Albarakbah Nafi Hadir ASGV Nak Tengok Aliff Aziz

Kecoh seketika apabila pelakon Sophia Albarakbah dilaporkan hadir bagi menyaksikan persembahan di minggu ketiga konsert All Stars Gegar Vaganza baru-baru ini.

Berikutan kehadirannya itu, muncul desas-desus yang mengatakan bahawa dia hadir bagi melihat pelakon Aliff Aziz berdiri di atas pentas pada malam itu.

Advertisement

Meskipun diasak wartawan mengenai tujuan sebenarnya hadir ke konsert itu, Sophia dilihat tenang dan tampil menjelaskan bahawa dia hanya ingin memberikan sokongan buat penyanyi Aisha Retno yang juga sepupunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Gegar Vaganza itu ramai artis yang bertanding. Saya rasa tidak ada isu sekiranya saya hadir pada malam itu.

Lagi pun saya hadir sebagai memberi sokongan kepada sepupu saya iaitu Aisha Retno yang membuat persembahan pada malam itu.

Sophia juga menjawab mengenai tindakannya yang terus keluar setelah Aliff Aziz menyanyi dan tidak menonton sehingga tamat persembahan.

Pukul 11 Aisha sudah mahu buat persembahan dan dia tarik saya keluar bersama. Saya teman dia dan kami terus pulang.

Kalau bertembung Aliff pun tak ada masalah.. sebab kami masih berada dalam satu industri yang sama, pusing-pusing pun orang yang sama.

Saya rasa perkara itu sudah lama dan tak ada isu pun. Saya juga ada hak untuk ke acara tersebut.

Terdahulu, nama aktres ini menjadi tumpuan setelah dia terpalit dengan kontroversi di mana dia didakwa ‘bermain cinta’ dengan suami aktres dan penyanyi Bella Astillah ketika sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah
7 months ago

"Dia Ni Dah Biasa Menipu & Putar Belit" - Bella Astillah Dakwa Sophia Al-Barakbah Keluar Auditorium Lepas Suami Buat Persembahan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...