“Saya Telah Teraniaya..” – Dahlah Dituduh Simpan Gambar & Video Lucah Bekas Tunang, Haqiem Stopa Lesap RM100K Pula

Hiburan

“Saya Telah Teraniaya..” – Dahlah Dituduh Simpan Gambar & Video Lucah Bekas Tunang, Haqiem Stopa Lesap RM100K Pula

Seorang personaliti media sosial yang mempunyai followers sebanyak 1.1 Juta di TikTok ini mengakui dirinya sedang memperbaiki diri dan berehat seketika setelah terlibat dalam kes tuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas tunangnya pada tahun lepas.

Haqiem Stopa yang terkenal dengan aktiviti motornya itu tidak mahu memanjangkan lagi kisah lamanya itu walaupun telah dibuktikan tidak bersalah. Dia juga turut memaklumkan dirinya mengalami kerugian hampir RM100K.

Advertisement

Selepas kejadian itu, saya alami kerugian bisnes sebanyak RM90K, untuk deposit persiapan kahwin yang terbatal pula RM10K.

Tambahnya lagi, kes itu telah menganiaya dirinya lagi-lagi apabila dimasukkan ke lokap selama tujuh hari. Bukan itu sahaja, Haqiem berkata dirinya sudah cuba untuk berbincang dengan pihak di sana namun mereka masih menuduhnya secara buta-buta.

Walaupun kontroversi ini melibatkan diri saya tahun lepas, sehingga sekarang masih ada yang bertanya kepada saya.

Katanya lagi, bermula bulan ini, dia akan mencuba untuk aktif kembali dan meneruskan rancangan bisnes yang tertunggak.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Tular Berita Ikon Permotoran Ditangkap, Haqiem Stopa Tampil Bersuara - "Aku Tahu Kau Tak Percaya Tapi.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...