November 14th, 2016

Rozita Che Wan sering mendapat perhatian ramai dan tidak kurang juga ada yang selalu ingin mencari kesalahan beliau serta mengkritik setiap tindakan Che Ta.

Antara yang menjadi kritikan sesetengah pihak adalah gaya kehidupan beliau yang agak mewah dan cara beliau berfesyen.

Che Ta agak lantang juga membidas segala komen tetapi suaminya Zain Saidin nampaknya lebih selesa untuk berdiam diri bukan?

Menurut Zain, beliau berdiam diri kerana tidak mahu melayan perkara remeh temeh apatah lagi jika ia melibatkan kritikan “keyboard warrior” terhadap isterinya itu.

Dari dulu saya lebih senang berdiam setiap kali mendengar apa-apa isu membabitkan isteri saya apatah lagi yang sengaja direka-reka golongan keyboard worrior ini kerana bagi saya melayan orang-orang begini sesuatu yang sia-sia.

Pun begitu, sekiranya ada perkara yang saya rasakan perlu ditegur, saya tetap rasional dan akan tetap tegur Che Ta tetapi bukanlah pada isu yang remeh temeh.

Mempunyai banyak pengalaman sebelum ini, Zain menyifatkan mereka yang memberikan komen dan kecaman di media sosial hanya ingin mendapatkan perhatian sahaja.

Orang macam ni semakin kita layan, semakin rancak komen yang bukan-bukan dan sebagai manusia biasa, saya pun ada perasaan geram juga.

Mungkin tindakan Zain Saidin itu ada betulnya juga, ialah kadang-kadang kalau kita melayan setiap komen pasti ia akan berpanjangan.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...