Beberapa hari lalu, tular di laman media sosial mengenai isu usahawan terkenal, Kieda Crepe meletakkan syarat bahawa pembeli perlu beli barang vendor terlebih dahulu sebelum membeli barangannya.
Isu itu menjadi besar selepas Kieda tidak berpuas hati apabila Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan bahawa hukum melakukan hal itu tidak sah.
Sedar diri dikecam teruk, Kieda tampil membuat live di TikTok menangis-nangis kerana kesal dengan tuduhan yang diterima tidak berasas.
Kata usahawan itu, dia tahu soal halal haram apabila melakukan bisnes dan perkara tersebut telah pun dibincangkan olehnya bersama ustaz sewaktu menunaikan ibadah Umrah.
Bahkan, Kieda berkata dia hanya mahu membantu peniaga-peniaga kecil sahaja.
Saya tahu apa yang tak halal, dah sembang dengan ustaz, sheikh waktu tunaikan Umrah.
Dalam pada itu, wanita terbabit turut meluahkan syukur kerana masih ada yang support dan sayang dirinya dengan tidak terpedaya dengan isu-isu ini.