“Saya Tarak Kincing Dalam Ni” – Tular Video Warga Asing Cuci Bayam Sambil Rendam Dalam Tangki

Viral

“Saya Tarak Kincing Dalam Ni” – Tular Video Warga Asing Cuci Bayam Sambil Rendam Dalam Tangki

Seorang lelaki meluahkan rasa marah dan jijik selepas tular satu video memaparkan tindakan individu dipercayai warga asing yang masuk ke dalam tangki air untuk mencuci sayur-sayuran.

Menerusi satu hantaran di Facebook dan TikTok, individu berkenaan dilihat berada di dalam tangki air sambil membersihkan bayam, sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap tahap kebersihan sayur tersebut sebelum dipasarkan.

Advertisement

“Kepada semua penggemar kangkung dan bayam, lihatlah sendiri. Jangan sesekali makan bayam atau kangkung beli di pasar borong,” katanya pada ruang kapsyen.

Lelaki itu turut meluahkan rasa jijik terhadap perbuatan berkenaan selain mempersoalkan tahap kesedaran individu terbabit. Malah, dia turut mengugut warga asing tersebut agar tidak mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai meluahkan kebimbangan terhadap tahap kebersihan pekerja warga asing yang terlibat dalam pengendalian makanan.

“Dulu ada kes warga asing meludah dalam botol air ketika proses pembuatan dalam kilang. Risau dengan kebersihan produk dengan ramai warga asing bekerja,” komen @DandBeltsazar.

“Sepatutnya terus ambil tindakan dan buat laporan polis. Boleh cari majikan dia, biar mereka faham nak kerja macam mana (prosedur),” cadang @MannMann.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

chazynash fatin
2026-01-12 12:36:43

Chazynash Batalkan Tuntutan RM100,000, Mohon Maaf Isu Mutaah - "Saya Terima Teguran Semua"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...