“Saya Tanya Batal Atau Tangguh, Ada Apa-Apa Masalah Ke? Dia Jawab…” – Pengurus Mimi Lana

Hiburan

“Saya Tanya Batal Atau Tangguh, Ada Apa-Apa Masalah Ke? Dia Jawab…” – Pengurus Mimi Lana

Tiada angin tiada ribut, kita dikejutkan dengan berita majlis pernikahan pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana dibatalkan.

Majlis itu dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos depan menurut pengurus Mimi, Iman Tang, aktres terbabit yang menghubungi dan memberitahunya pada hari Selasa.

Advertisement

mimi lana syafiq kyle
1 year ago

[TERKINI] Seminggu Lagi Nak Majlis, Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Batal Nikah

Kata Iman, Mimi memaklumkan bahawa tarikh tersebut dibatalkan dan persiapan semua sudah selesai termasuklah lokasi dan bayaran katering.

Saya ada tanya dia, batal atau tangguh tapi dia cuma jawab tarikh 18 Ogos itu memang tak jadi.”

Syafiq Kyle Mimi Lana

Iman turut menafikan bahawa pembatalan majlis pernikahan mereka berdua disebabkan masalah peribadi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Malah, dia sendiri baru sahaja berjumpa dan keluar makan bersama Mimi dan Syafiq hujung minggu lalu dan mereka kelihatan baik-baik sahaja.

Tambah Iman, aktres itu terpaksa membatalkan majlis kerana terikat dengan jadual penggambaran selain ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.

Saya tanya Mimi, ada masalah apa-apa ke? Mimi cakap tak ada masalah apa-apa. Apa yang saya boleh tegaskan, tiada masalah peribadi yang menjadi punca.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...