“Saya Tanya Baik-Baik, Kalau Penat Jangan Kerja!” – Penumpang Hilang Sabar, ‘Sound’ Staf Terminal Bas ‘Biadap’

Hiburan

“Saya Tanya Baik-Baik, Kalau Penat Jangan Kerja!” – Penumpang Hilang Sabar, ‘Sound’ Staf Terminal Bas ‘Biadap’

Baru-baru ini, tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan seorang penumpang hilang sabar dengan tindakan pekerja di terminal bas tersebut.

Penumpang tersebut tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pekerja di terminal itu.

Advertisement

pakcik terminal bas

Menerusi video selama 19 saat itu, terdapat dua orang penumpang sedang menunggu bas masing-masing di terminal itu sebelum bertanya dengan baik kepada penjaga kaunter tiket itu.

Saya tanya baik-baik. Nak tengking-tengking pula.

Namun mereka mendakwa pekerja tersebut memberi respon dengan ‘biadap’ apabila ditanya mengenai destinasi sebuah bas yang baru tiba di terminal berkenaan.

Boleh cakap elok-elok kan? Kalau penat, jangan kerja! Kau duduk rumah!

Setelah ditengking, pekerja tersebut mula berkomunikasi secara baik dan dibantu oleh beberapa orang individu yang lain yang turut berada di situ.

pakcik terminal bas

Pekerja tersebut telah diminta untuk beransur pergi dari kaunter tiket berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain di bawah.

video budak makan coklat dari mulut pakcik
2 months ago

Tular Pula TikTok Kanak-Kanak Makan Coklat Dari Bibir Bapa Saudara - “Pakcik Yang Ni Dia Obses Lain Macam Sikit”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...