“Saya Takut Pembalasan, Mainkan Hukum Allah” – Shuhada Serah Keputusan Cerai Dengan Hafidz Pada Mahkamah

Hiburan

“Saya Takut Pembalasan, Mainkan Hukum Allah” – Shuhada Serah Keputusan Cerai Dengan Hafidz Pada Mahkamah

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri yang ditemui media di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam berharap agar kemelut rumah tangga antara mereka berdua dapat diselesaikan dengan segera.

Maklum Shuhada, keputusan perceraian mereka akan diumumkan oleh mahkamah pada 27 Julai ini.

Advertisement

 

Saya serahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan mengenai lafaz cerai kali pertama dan kedua (yang pernah dilafazkan). Jadi kalau berlaku, kita nak tahu jatuhnya talak berapa, sebabnya saya takut akan pembalasan, kalau kita mainkan hukum Allah.

Dia dalam pada itu meluahkan rasa syukur kerana prosiding pengesahan lafaz cerai hari ini berjalan dengan lancar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Ketika ditanyakan mengenai kenyataan Hafidz yang bakal mengumumkan sesuatu berkenaan orang ketiga setelah semuanya selesai kelak, Shuhada berkata suaminya itu adalah punca segala keretakan rumah tangga yang dialami mereka.

Dia sendiri mengaku, akan membuat deklarasi mengenai hubungannya dengan wanita pihak ketiga itu. Jadi semua orang boleh tahu apa punca berlakunya perceraian antara kami.

Shuhada juga menegaskan bahawa dia tidak pernah menabur fitnah kerana Hafidz sendiri mengaku mengenai kehadiran wanita bernama Athira Yuhada itu sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Dia sendiri mengaku mengenainya. Ada saya fitnah? Saya tak fitnah kan? Jadi semua orang boleh tahu kenapa punca keretakan ini berlaku. Semua itu bukan dari mulut saya.

Jelasnya lagi, dia ingin menamatkan segala kekalutan ini dengan segera kerana ingin menyelesaikan hal persekolahan anak-anak berikutan statusnya yang kini masih menjadi tanda tanya.

Skandal
11 months ago

Penyanyi Wanita Bertudung Didakwa Berskandal Dengan Pengurus Sendiri Berstatus Suami Orang?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Harian Metro

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...