Pelakon dan penerbit berprofil tinggi, Puan Sri Tiara Jacquelina berkongsi sebuah video hantaran di akaun Instagramnya dimana beliau sedang mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Menurut Tiara, beliau seseorang yang amat takut dengan jarum suntikan, namun dia ingin menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia dan tidak mahu dos vaksin dibazirkan sebegitu saja setelah diberi oleh kerajaan.
Saya tak bazirkan suntikan saya, sesiapa kenal saya tahu saya takut jarum. Tapi apabila waktu saya mendapatkan suntikan vaksin ini, saya alami pengalaman yang sangat positif.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Tiara turut memuji layanan yang diberikan oleh seorang petugas kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin kerana melayannya dengan baik.
Menerusi hantaran video tersebut, Tiara turut meminta agar orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 masing-masing agar negara akan kembali normal seperti dahulu.