Kalau sekali seseorang itu sudah terjerumus dengan najis dadah, susah untuk dirinya kembali ke jalan yang benar hingga boleh mendorongnya untuk bertindak di luar kawalan.
Seperti video yang viral semalam, seorang bapa tiri ditendang dan dipukul oleh anaknya kerana tidak memberikannya duit untuk membeli ‘barang’ dan penularan video terbabit mendapat pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia.
Kekasaran yang dilakukan ke atas bapa tiri atau dikenali sebagai Acik Nordin Ahmad membuatkan dirinya alami sedikit kecederaan dan ketakutannya masih dapat dirasakan hingga ke hari ini.
Warga emas itu tidak meminta apa-apa, cuma mahukan anak tirinya dipenjarakan ataupun dimasukkan di rawatan psikiatri kerana bimbang perkara yang sama akan berulang dan itu semua demi keselamatan dirinya serta isteri.
Sampai sekarang saya masih trauma, takut pun ada. Takut dia datang sini balas dendam.
Difahamkan melalui laporan BH Online, lelaki itu merupakan seorang pemegang kad OKU kerana itu sering bertindak kasar jika terdesak mahukan wang untuk membeli dadah tetapi ibunya masih bersabar kerana memikirkan lelaki tersebut adalah anaknya.
Sekadar info, pihak polis mengatakan lelaki tersebut akan direman sehingga Jumaat esok atas tujuan siasatan lanjutan serta memberi peringatan agar orang ramai tidak ‘gopoh’ memberi balasan berbentuk kekasaran selain mendapatkan info tepat berkenaan kes ini.