Tidak habis-habis terpalit dengan kontroversi yang tidak benar mengenai dirinya, penyanyi lagu Knock Knock, Elizabeth Tan kini agak takut untuk membuka akaun media sosial beliau kerana tidak mahu membaca komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya oleh peminat.
Malah, beliau hanya akan berasa lebih marah dan sedih jika terlalu memikirkan persepsi negatif pengikutnya di media sosial mengenai beliau.
Sekarang saya takut nak buka Instagram, Twitter atau Facebook sebab saya tak mahu baca komen negatif dari peminat. Saya tak mahu terganggu dengan komen-komen tersebut.
Saya marah dan sedih sebab saya ingat kalau saya tak buat benda-benda tak senonoh, tak buat salah atau sebagainya, orang tak akan bercakap buruk tentang saya. Lagipun mungkin ada antara mereka yang baru mengenali saya menerusi cerita-cerita kontroversi ini. Saya sedih sebab first impression mereka terhadap saya adalah perkara yang kurang baik.
Media sosial merupakan medan untuk mengkritik seseorang tanpa batasan dan menggunakan ayat yang agak kasar. Kadang-kadang tidak tahu hujung pangkal terus je nak menghakimi seseorang, kalau dilayankan mereka ini memang terganggu emosi jadi lebih baik untuk biar mereka terus mengata dan kita duduk diam sahaja.