“Saya Taknak Minta Ampun, Nak Hukuman Gantung Sampai Mati Saja” – Lelaki Didapati Bersalah Bunuh Teman Lelaki Isteri

Kehidupan

“Saya Taknak Minta Ampun, Nak Hukuman Gantung Sampai Mati Saja” – Lelaki Didapati Bersalah Bunuh Teman Lelaki Isteri

Seorang warga Singapura yang didapati bersalah membunuh teman lelaki isterinya 11 tahun lalu memohon agar Mahkamah Persekutuan Johor Bahru mengekalkan hukuman terhadapnya.

Quah Tee Keon, 56 tahun yang didapati bersalah membunuh lelaki itu pada 2013 telah menarik balik permohonan semakan hukuman gantung terhadapnya yang dibuat sebelum ini.

Advertisement

Saya taknak minta ampun (keampunan), saya minta hukum gantung sampai mati sahaja. Terima kasih.

pesalah kes bunuh

Berdasarkan fakta kes, Quah telah membunuh seorang lelaki bernama Ruan Chao Qiang, warga China di sebuah kediaman di Taman Mawar Indah, Triang, Bera, Pahang kira-kira jam 3.30 pagi pada 13 Oktober 2013.

Dia turut mencederakan isterinya dengan menggunakan pisau sehingga menyebabkan mangsa mengalami banyak kecederaan di leher, tangan dan belakang badan, di lokasi dan waktu yang sama.

Dia kemudian ditahan selepas menyerah diri kepada pihak polis di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2013.

Pembunuh Baby Zara kekal ke tali gantung
6 months ago

"Kemaluan Terkoyak Teruk, Keseluruhan Otak Cedera" - Pembunuh Baby Zara Kekal Ke Tali Gantung

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...