“Saya Taknak Kahwin, Nak Dia Bertanggungjawab” – Wanita Kesal Pelakon Lelaki Larikan Diri, Paksa Gugur Kandungan Sehingga Terkena Jangkitan

Hiburan

“Saya Taknak Kahwin, Nak Dia Bertanggungjawab” – Wanita Kesal Pelakon Lelaki Larikan Diri, Paksa Gugur Kandungan Sehingga Terkena Jangkitan

Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita berusia 21 tahun telah menghadapi masalah kesihatan setelah diabaikan seorang pelakon lelaki yang memintanya untuk menggugurkan kandungan luar nikah mereka.

Kata wanita itu, dia sebelum ini telah termakan pujuk rayu pelakon lelaki itu yang berjanji untuk menjaganya sekiranya dia menggugurkan kandungan namun bertindak sebaliknya.

Advertisement

Paksa gugur kandungan, terkena jangkitan kelamin

Pelakon lelaki itu telah berjaya memujuknya menggugurkan kandungan namun melarikan diri dan memutuskan perhubungan setelah wanita itu melakukan demikian.

Saya sanggup menarik semula laporan polis dan menggugurkan kandungan selepas termakan pujuk rayunya yang konon mahu menjaga saya sebaik menggugurkan kandungan.

HamilSumber : Google  

Saya kini terpaksa berulang alik ke hospital kerana mengalami jangkitan pada alat kelamin setelah dimaklumkan doktor. Proses pengguguran menggunakan pil sebelum ini tidak berkesan kerana ada janin yang masih berada dalam badan.

Malah, wanita itu kini mengalami masalah kesihatan dan terkena jangkitan alat kelamin sehinggakan dia sukar untuk hamil selepas ini.

Tak mahu kahwin tapi hanya mahu dia bertanggungjawab

Pendedahan itu menurutnya bukanlah bertujuan untuk mengahwini pelakon tersebut tetapi hanya ingin mendapatkan keadilan sewajarnya.

Saya tak nak pun kahwin dengan dia. Saya hanya ingin dia menjadi seorang yang bertanggungjawab dan ada sifat perikemanusiaan.

Saya pula kena tanggung kesakitan seorang diri, sementara dia seronok menikmati kehidupan seperti tiada apa yang terjadi.

Sebelum ini, kecoh di media sosial TikTok apabila seorang wanita mendedahkan dirinya dihamilkan seorang pelakon lelaki namun aktor itu melarikan diri dan enggan bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukannya itu.

Alif Satar
4 months ago

"Kesian, Nak Sembah Tuhan Pun Perlukan Influencer" - Dakwah Alif Satar Solat Subuh Di Masjid Undang Pertikaian?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...